PENDIDIKAN
6.1.2 Definisi Perubahan
Perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambah baikan dalam pelaksanaan dan amalan (Carlopio,1998). Manakala menurut Kamus Dewan, perubahan ialah peralihan atau pertukaran.
6..1.3 Definisi Inovasi
Inovasi ialah cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia.
Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan. Maka, daripada dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.
6.2 STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN
PERUBAHAN PENDIDIKAN
Pengurusan inovasi dan perubahan dalam pendidikan di Malaysia memerlukanpendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama seperti rakyat di negara maju yang lain, tetapi sebaliknya memiliki peribadi mulia, menjunjung budaya bangsa dan negara.
6.2.1 Strategi perubahan
Strategi Perubahan
Pihak atasan guna autoriti formal & kawalan untuk paksa sasaran berubah.
Strategi Pujukan
Memerlukan kemahiran interpersonal, logik & kebijaksanaan bagi meyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang dibawa.
Strategi Pendidikan Semula
Guna maklumat baru yang disediakan oleh agen perubahan & serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.
Strategi Pemudah Cara
Sasaran tentukan rancangan yang dipilih
Agen perubahan hantar sumber yang diperlukan (barangan & khidmat teknikal).
6.2.2 Pembinaan Negara Bangsa (PNB)
PNB bermaksud proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu dipertahankan dalam masa yang panjang.
Antara hasrat yang ingin dicapai ialah:
- Rakyat yang ada jati diri & imej Malaysia
- Modal insan cemerlang/berminda kelas pertama yang glokal
- Sumber manusia yang berkualiti
- Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing & berdaya tahan.
6.2.3 Pengurusan Pendidikan
Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Aspek dalam pendidikan merangkumi beberapa perkara iaitu:
- Kepimpinan
- Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif
- Landskap Maklumat
6.2.4 Transformasi Dalam Kurikulum
Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah. Ia memerlukan pengetahuan & pemahaman tentang semua bahagian dalam pendidikan
Agen perubahan perlu bantu komuniti bangunkan visi dalam sistem pendidikan yang ideal & melibatkan semua pihak agar berminat dengan visi baru. Transformasi dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran & perubahan semasa. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membawa elemen terkini bagi memastikan kurikulum tersebut penuhi keperluan semasa.
6.2.5 Sekolah Bestari
Sekolah Bestari ialah pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Ciri-Cirinya ialah:
- Murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan & gaya pembelajaran sendiri.
- Guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan & kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid.
- Persekitaran sekolah kondusif.
- Penaksiran berterusan.
- Guru Besare sebagai pemimpin pendidikan & disokong oleh tenaga pengajar yang profesional & berkaliber.
- Ibu bapa & komuniti sokong pendidikan bestari.
6.2.6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
- Piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran & penjawat awam
- NKRA yang ke-3: Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti & Berkemampuan.
- perluas & mantapkan pendidikan prasekolah
- tingkatkan kadar literasi & numerasi
- Wujudkan sekolah Berprestasi Tinggi
- Iktiraf Pengetua & Guru Besar cemerlang
6.3 ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN PERUBAHAN
6.3.1 Latihan Perguruan
- Naik Taraf Maktab Perguruan Ke Institut Pendidikan Guru
- Kurikulum Latihan Perguruan
Playtech Casinos For Real Money | JtmHub
ReplyDeletePlaytech casinos in your state. Find out where you can playtech casinos for real money. Jtm 포천 출장샵 is a 통영 출장마사지 USA-licensed online 여주 출장샵 casino 안동 출장마사지 that's available in 정읍 출장마사지 our state.