Monday, 9 March 2015

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA


Image result for pelan induk pembangunan pendidikan powerpoint

1.1 Isu Dan Cabaran 
      Semasa

Apakah Konsep Isu dan Cabaran Pendidikan ?


      Menurut Kamus Dewan(2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Manakala cabaran merujuk kepada 'sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi '.

      Dalam usaha mencapai misi KPM, iaitu membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti, banyak cabaran pendidikan akan dihadapi. Sejajar dengan ini, KPM telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006 - 2010 melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama melalui pendiidkan berkualiti. 

     Pendidikan yang berkualiti merupakan usaha dan pemangkin untuk membangunkan generasi alaf baharu. Sistem pendidiakn negara memerlukan usaha-usaha yang dirancangkan secara sistematik untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya demi menangani cabaran-cabaran abad ke -21. 



        Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional ialah ledakan ilmu yang berbentuk glpbal dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Agenda yang penting untuk membangunkan rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan berkualiti merupakan pembinaan budaya ilmu dan membudayakan masyarakat yang berbilang kaum agar dapat mengharungi konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.


1.2 Integrasi Nasional

        Ia merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara kita. Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Penyatuan dan pemikiran antara kaum di sesebuah negara.

        Ia juga merujuk kepada satu proses ninamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan untuk membentik satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.


Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional terdiri daripada : 

  1. Tindakan kerajaan membantu kaum Bumiputera dalam bidang sosioekonomi dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.
  2. Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.
  3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
  4. Peningkatan kes-kes gejala sosial yang dapat menjejaskan proses integrasi
  5. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.
  6. Fahaman politik yang melampau.
  7. Peranan media massa yang mensensasikan isu-isu perpaduan.


1.2.1 Sekolah Wawasan
          Ia merupakan salah satu usaha pemimpin negara untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana para pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi antara satu sama lain.

            Menurut Azizi Yahya, Amir Hamzah Abdul dan Sanif bin Sapaat(1999) Sekolah Wawasan memberikan peluang kepada ketiga-tiga buah sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum secara berintegrasi dengan matlamat memantapkan semangat dan amalan muhibah serta perpaduan dalam kalangan murid-murid. 


Matmalat Sekolah Wawasan

1.2.2 Apakah Peranan Guru dalam Menangani Isu 
         Integrasi Nasional ?
             
              Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana mereka adalah yang membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya , saing , berkeyakinan tinggi dn berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan dunia luar yang semakin menuju ke arah globalisasi.
                   
                   Peranan guru sebagai pembina negara bangsa boleh diteruskan melalui kaedah seperti berikut :


  • Memperkasakan Bahasa Kebangsaan.
  • Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
  • Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.



    Kita sebagai guru yang bertugas di sekolah digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perpaduan di sekolah,Contohnya, guru boleh memperkasakan bahasa kebangsaan dan mengadakan profram Wacana Ilmu, Minggu Bahasa Kebangsaan, Pertandingan Menulis, Pertandingan Membaca, Pertandingan Bahas dan Pidato, Pertandingan Puisi dan Pengucapan Awam.

          Tambahan pula, melalui Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah memberi dorongan kepada penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah; mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, dan mewujudkan suasana muhibah dan menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid yang pelbagai kaum. Di samping itu, juga boleh berkongsi kemudahan peralatan, yenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.

         Semangat patriotisme boleh diteruskan melalui aktiviti perbarisan, menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotisme. Acara sambutan Bulan Kemerdekaan yang melibatkan pelbagai jenis aktiviti bahasa dan budaya yang diadakan di sekolah seperti aktiviti deklamasi sajak, pidato, sayembara puisi, syair dan nyanyian patriotik serta karya kreatif pelajar boleh dianjurkan untuk menyemarakkan semangat patriotisme.
Buku Panduan Perlaksanaan RIMUP

1.2.3 Konsep 1 Malaysia
     Konsep ini diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. Konsep ini selari dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. 

        Rakyat pelbagai kaum dan agama harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing, bukan bertindak atas kepentingan kaum sendiri serta kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaim dan etnik di Malaysia.

     Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk mengeratkan hubungan antara kaum bagi meamstikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat. Ia juga bermaksud pemangkin untuk mewujudkan dan membina sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. 
          
      Nilai-nilai ini terdiri daripada perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.Lapan nilai murni seperti budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan ontegriti diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada pencapaian negara bangsa Malaysia.

       Semua nilai ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan tindakan yang menjurus kepada pencapaian satu negara bangsa. Melalui konsep 1 Malaysia, diharap semua rakyat ialah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia akan mempunyai hala tuju dan cita rasa yang sama untuk memajukan negara secara bersepadu.

        Dengan pelaksanaan 1 Malaysia, semua rakyat perlu mendasari prinsip-prinsip utama, iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini. Maka setiap individu dan organisasi pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai hasrat 1 Malaysia dengan mendasari kelapan-lapab nilai utama dalam konsep ini demi mencapai kecermelangan di persada dunia.



    1.3 Pendemokrasian Pendidikan
         Menurut Dewey (1996), pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai agen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup mereka.Dengan maksud yang lain, pendemokrasian pendidikan ialah pendidikan untuk semua.

             Konsep pendemokrasian pendidikan berkaitan dengan keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan Malaysia dalam menyediakan peluang untuk semua lapisan rakyat menikmati pendidikan yang begitu luas dan bermutu menjelang tahun 2020.

           Salah satu cabaran yang dialami ialah memastikan sistem pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang, status, sosioekonomi, lokasi dan etnik selain ekuiti. 

     Selari dengan matlamat dasar pendemokrasian pendidikan, pelbagai peringkat pendidikan dengan menjadikannya sebahagian daripada dasar nasional. Dasar seperti melaksanakan pendidiakn wajib peringkat asas, dasar untuk pelaksanaan sekolah vernakular (Sekolah Tamil dan Cina), pendidikan selama 13 tahun, sekolah teknikal, sekolah asrama penuh, sekolah pendidikan khas, sekolah swasta dan sekolah Agama Islam.Di samping itu, Pendidikan Jarak Jauh(PJJ) peringkat tinggi, pendidkan sepanjang hayat dan sekolah-sekolah kurang murid di kawasan terpencil kawasan pedalaman.

      Cabaran yang perlu ditangani adalah merangkumi kemudahan-kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan lain-lain. Cabaran pendemokrasian pendidikan dapat dicapai jika sekolah dapat menikmati peluang untuk meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah. 

            Negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai budaya memerlukan penstrukturan dan perancangan rapi terhadap sistem pendidikan supaya aspek seperti kualiti guru, bahan kurikulum, kaedah pengajaran, persediaan pelajar, kemudahan asas dan penglibatan masyarakat diambil kira sebagai penyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan.

            



1.4 Globalisasi dalam Pendidikan 
    Globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan (Scholte, 2000:16)

        Impak globalisasi dalam pendidikan merangkumi penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa oengantarabangsaan, pendidikan negara tebuka kepada dunia luar, pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara kita, peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta, pentingnya pengajaran sains dan teknologi. 

       Perwujudan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam era globalisasi telah berlakunya transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan permintaan global. Cabaran adalah untuk menghasilkan modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan permintaan global. Cabaran adalah untuk menghasilkan modal insan yang dapat berdaya saing dan memenuhi cita rasa pasaran tenaga buruh antarabangsa.



1.5 Kepelbagaian Budaya
     Malaysia amat unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang menyumbangkan kepada satu gabungan kepercayaan, nilai dan cara hidup dalam sebuah negara,Selama ini, negara kita relah cuba menyatupadukan semua rakyat yang pelbagai budaya melalui program-program perpaduan. 

     Di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelajar pelbagai kumpulan etnik merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaian pemikiran, kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya.

   Konsep kepelbagaian budaya perlu difahami supaya dapat mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian dan persamaan untuk semua rakyat Malaysia. Pembinaan negara bangsa melalui pendidikan amat penting untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dari pelbagai latar belakang dan budaya.

    Satu ciri kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan ialah pengajaran mata pelajaran Sejarah. Para pendiidk sememangnya sedar tentang kepentingan mata pelajaran ini sebagai medan memupuk semangat patriotisme dan kewarganegaraan dalam diri pelajar, 

1.6 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan 
      Komunikasi
    TMK digunakan sebagai alat dalam proses pendidikan. Antaranya sebagai alat untuk menyebarkan maklumat melalui audio, video dan dokumen daripada Internet, bahan rujukan dan sebagainya. TMK juga dapat mewujuskan situasi untuk pelajar mengalami kehidupan sebenar dalam bentuk simulasi untuk pelajar mengalami kehidupan sebenar dalam bentuk simulasi secara maya. 

      TMK juga digunakan untuk memanipulasi dan menganalisis data serta membantu dalam mewujuskan komunikasi tanpa sempadan dan masa. Faedah yang dapat diperoleh melalui TMK ialah pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital di mana pelajar, guru dan pendidik boleh mengakses bahan penyelidikan dan bahan pengajaran tanpa mengira masa dan tempat. Kemudahan seperti ini memnerikan peluang kepada jaringan antara para pendidik serta perkongsian bahan akademik.

     Guru berperanan memberikan pendidikan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan Internet supaya kanak-kanak memahaminya sejak awal lagi. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita harus berperanan mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berpengetahuan di samping mempunyai sahsiah yang disanjung tinggi.


1.7 Gejala Sosial
    Pengaruh media massa yang memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai tersendiiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya dan agama semakin terhakis kerana desakan luar kawalan daripada media massa yang turut mempengaruhi sisiobudaya masyarakat. Oleh itu, pelajar merupakan golongan yang sering kali terdedah dengan pelbagai masalah sosial. 

     Gejala sosial di sekolah kini semakin meruncing akibat daripada pengaruh luar dan perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Antara faktor penyebab gejala sosial terdiri daripada peranan ibu bapa, sikap pelajar itu sendiri, pengaruh media massa dan iklim bilik darjah. Sikap ibu bapa dan cara mendidik anak-anak merupakan salah satu penyebab utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan pelajar.

    Ibu bapa generasi kini terlalu memanjakan amak mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul. ini telah menyebabkan pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah terutama usia 12-15 tahun terlibat dengan gejala sosial seperti ponteng sekolah dan merosakkan harta benda sekolah.

      Oleh hal yang demikian, guru memainkan peranan yang amat penting untuk memupuk nilai-nilai murni sejak awal persekolahan lagi supaya asas sistem nilai kukuh dan tidak
 mudah runtuh,Gejala sosial yang berat perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa, iaitu polis. Penguatkuasaan undang-undang oleh polis perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar jika kes itu tidak dapat diselesaikan.

       Di dalam bilik darjah, guru perlu menggunakan pelbagai strategi untuk menarik perhatian pelajar agar mereka berasa seronok ke sekolah dan tidak ponteng sekolah. Penerapan nilai-nilai melalui pelbagai program sekolah seperti kem motivasi, pembinaan berpasukan, aktiviti amal jariah dalam unit beruniform serta aktiviti sukan dan permainan perlu diperbanyak untuk membentuk personaliti dan akhlak yang baik. 


Masalah Gejala Sosial



No comments:

Post a Comment