Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru:
(STRESS)
Tekanan Emosi Guru
1. Stres
- Konsep
- Punca-punca
- Tanda-tanda & simptom
2. Burnout
- Konsep
- Punca-punca
- Tanda-tanda & simptom
Stres
Stres adalah suatu kondisi dinamis saat seorang individu
dihadapkan pada peluang, tuntutan, atau sumber daya yang
terkait dengan apa yang dihasratkan oleh individu itu dan yang
hasilnya dipandang tidak pasti dan penting.
Kyriacou(2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan,
kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada
tugasnya sebagai seorang guru. Maka stres merupakan tindak
balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu peristiwa yang boleh
menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Punca-punca Stres Guru
• Mengajar pelajar yang kurang bermotivasi
• Mengawal disiplin bilik darjah dan sekolah
• Tekanan masa dan beban kerja
• Menangani perubahan
• Dinilai oleh pihak lain
• Mempunyai kaitan kerja dengan rakan sekerja
• Konsep kendiri dan status
• Pihak pentadbiran dan pengurusan
• Konflik peranan dan tidak jelas/keraguan
• Persekitaran kerja yang tidak kondusif
Tanda-tanda Stress (Simptom Kognitif)
• Masalah ingatan
• Kurang memberikan tumpuan
• Membuat penilaian yang tidak tepat
• Kerap berasa bimbang
• Berpandangan negatif
Tanda-tanda Stress (Simptom Emosional)
• Muram
• Cepat marah
• Tidak boleh relaks
• Rasa
hendak menangis
• Rasa
kesunyian
• Rasa
kemurungan
Tanda-tanda Stress (Simptom Fizikal)
• Sakit sendi
• Cirit-birit
• Sakit kepala
• Pening
• Sakit dada
• Mengalami masalah pencernaan
• Denyutan jantung pantas
• Ulser mulut
Tanda-tanda Stress (Simptom Tingkah Laku)
• Makan lebih atau kurang
• Tidur banyak atau kurang
• Menyendiri
• Menagguhkan atau mengabaikan tanggungjawab
• Merokok
• Minum arak
• Mengambil dadah
• Gelisah/resah iaitu menggigit kuku dan berjalan ke sana sini
Tanda-tanda Kes Kronik
• Tekanan darah meningkat
• Strok
• Serangan jantung
• Masalah tidak dapat tidur
• Sentiasa bimbang
• Sentiasa murung
Langkah-langkah Menangani Stress
• Belajar mengatakan 'tidak' atau 'tidak mahu'.
• Elakkan/kurangkan masa berhubungan dengan individu
yang boleh menyebabkan stres kepadanya.
• Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli
keluarga yang dipercayai.
• Melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum.
• Mengawal cara mengurus stes.
No comments:
Post a Comment