Friday, 13 March 2015

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


Image result for gangguan emosi

3.1 Gangguan Emosi

Tanggungjawab guru bukan sekadar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, tetapi guru turut bertanggungjawab dalam memperkembangkan emosi seseorang kanak-kanak. Hal ini telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

Seorang itu dikatakan mengalami gangguan emosi jika keadaan emosi yang dialaminya menimbulkan gangguan kepada dirinya.Individu yang berasa emosinya terganggu disebabkan satu daripada empat perkara berikut :

  1. Seseorang itu mengalami emosi tertentu seperti depresi, kecemasan dan kemarahan. Semua ini sentiasa dialami atau menjadi terlalu kuat.
  2. Seseorang itu jarang mengalami gangguan emosi, Sekiranya berlaku, hanyalah pada peringkat lemah. Mereka berasa tidak mampu menunjukkan kasih sayang, kepercayaan, sentiasa marah atau penolakan.
  3. Seseorang itu berasa sukar untuk berhubug dengan orang lain mungkin disebabkan teman-teman membuatnya berasa bersalah, kecewa atau rakan-rakan menimbulkan perasaan takut dan sebagainya.
  4. Seseorang berasa mengalami konflik kerana mempunyai dua atau lebih emosi. Misalnya antara marah dengan takut, antara benci dengan sayang dan lain-lain.

3.1.1 Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

Tingkah laku murid-murid yang mengalami gangguan emosi ini akan menjadi masalah dan memberikan kesan kepada pencapaian akademik mereka. Hal ini disebabkan masalah tersebut akan menjejaskan keupayaan belajar serta hubungan dengan orang lain.

Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya :


  1. Tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka adalah lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka.
  2. Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk. Hal ini bermakna murid-murid yang menghadapi gangguan emosi sering kali menunjukkan kecenderungan bertingkah laku yang kurang sesuai dengan situasi-situasi normal dan tidak mengikuti norma seperti kanak-kanak yang sama peringkat umur.


3.1.2 Punca Gangguan Emosi
Mengikut Teori Mauro(2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, antara faktor yang ketara ialah masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.

Guru sering menghadapi masalah dengan murid-murid yang menunjukkan sifat kurang matang, tidak suka berhubung dengan orang lain, mempunyai kesukaran untuk bekerjasama dalam kumpulan dan tidak berani menyuarakan pendapat atau pandangan. 

Faktor keluarga dan pengaruh persekitaran dikatakan punca murid-murid bertingkah laku agresif. Hal ini disebabkan mereka dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif.

Rakan sebaya atau persekitaran juga mempengaruhi cara berfikir dan bertindak seseorang murid. Misalnya suka bergaduh, membuli, merosakkan harta benda, mengugut dan lain-lain. 


3.1.3 Langkah-Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam kalangan Murid

  1.  Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
  2.  Diberi bimbingan kerjaya.
  3.  Mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
  4.  Modifikasi tingkah laku yang sesuai.
  5.  Didedahkan dengan pengurusan emosi.
  6.  Peraturan bilik darjah yang bersesuaian.
  7.  Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.
3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK

3.2.1 Latar Belakang

Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:

  • Pengabaian.
  • Penderaan
  • Eksploitasi
  • Jaminan kanak-kanak mendapat haknya
Prinsip-prinsip konvensyen:

  1. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan
  2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan
  3. Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan
  4. Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat

Perlaksanaan Konvensyen:

Perkembangan ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. UNICEF yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati dan pandangan mereka. Konvensyen Hak Kanak-Kanak ini telah:

  1. Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.
  2. Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka.
  3. Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
  4. Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
  5. Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
  6. Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.

Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak Kanak-Kanak:

Image result for Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak
  1. Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
  2. Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada diskriminasi.
  3. Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child).
Hak Kanak-Kanak:

  • Hak kehidupan (keperluan asas, hak untuk hidup, mendapat perubatan).
  • Hak Perlindungan (diskriminasi, penderaan, pengabaian, penderaan seksual, eksploitasi dan lain-lain).
  • Hak Perkembangan (semua jenis pendidikan, hak kepada standard of living, peluang untuk turut serta, persekitaran yang selamat).
  • Hak Penyertaan (berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab atau persatuan, memberikan pandangan mereka).

Image result for Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak



 3.2.2 Hak Kanak-Kanak Di Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen dalam komitmen kepada perlindungan kanak-kanak di negara ini seperti berikut:

  1. Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995 .
  2. Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.
  3. Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.
  4. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) – mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.
  5. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) – berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak
  6. Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952).
  7. Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) – memastikan perlindungan, pemuliharaan dan pembangunan untuk kanak-kanak.

3.2.3 Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak
Image result for Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak
Kerajaan telah berusaha untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah seperti:

  1. Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.
  2. Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri
  3. Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri.
  4. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula untuk memantapkan penguatkuasaan.




No comments:

Post a Comment